welcOmE To mY sMaLL wOrLd..

.:.
i LuRvE wHo LuRvE Me
.:.

always smile~~~

life start begin when you start smile~~

About Me

My photo
just a simple girl... like to laugh... like to smile..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 14, 2010

cara2 meminta maaf....

Sekiranya pasangan anda merajuk disebabkan sedikit perselisihan faham yang terjadi, sudah pasti anda memerlukan masa yang agak lama untuk memujuknya.

Namun jangan susah hati kerana di sini diperturunkan 10 kaedah untuk memujuk pasangan yang merajuk dengan cara yang paling romantik. Kaedah ini jika digunakan sebaiknya pasti akan berjaya.

Walau bagaimanapun, segalanya bergantung kepada kejujuran serta tahap usaha yang anda tunjukkan. Ini kerana mereka yang merajuk selalunya suka dipujuk dan dirayu sebagai tanda anda menghargai mereka serta menyesali perbuatan yang telah lalu.

Oleh sebab itu, jika teknik pertama tidak berjaya, gunakan teknik kedua dan seterusnya. Lambat laun, hati si dia pasti akan cair dan dapat memaafkan anda.

1. Hulurkan 
sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.

2. 
Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.

3. Tulis sebuah 
kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.

4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah 
lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.

5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran 
memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.

6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-
pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.

7. Imbas kembali kenangan-
kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.

8. 
Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.

9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan 
kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.

10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan 
SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua

15 hari mencari cinta..



Hanya dalam masa 15 hari untuk mendapatkan cinta? Bunyinya macam tidak logik tetapi ianya pasti tidak mustahil. Ini kerana ada pasangan yang jatuh cinta hanya melalui pandangan pertama. Namun bukan semua orang mampu untuk melakukannya.

Bagi mereka yang masih tercari-cari pasangan untuk bercinta, apa kata anda lakukan cara mudah ini. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan berjaya menemui cinta sejati yang anda cari-cari selama ini.

Namun jika tidak berkesan, jangan malu untuk terus berusaha kerana cinta sememangnya bukan mudah untuk dicari.
Hari Pertama
Sebagai permulaan, apa kata anda hulurkan salam perkenalan. Jangan malu kerana semua orang sukakan individu yang berterus terang dan mudah mesra dengan orang lain. Apa yang penting jangan keterlaluan menunjukkan rasa minat kepada dirinya. Nanti dia takut pula untuk berkawan dengan anda.

Anda juga perlu berusaha menyediakan suasana yang sihat agar dia sentiasa selesa apabila berada di sisi anda. Penampilan juga perlu dijaga kerana jika penampilan anda kurang menarik, sudah pasti si dia tidak akan memberikan respon kepada salam perkenalan yang anda hulurkan.

Jika tidak berkesempatan berkenalan secara langsung, anda juga boleh tinggalkan nota kepadanya. Rancangkan satu aktiviti yang menarik agar si dia teruja dengan undangan tersebut. Jangan terlalu gelojoh untuk memikatnya. Buat seperti biasa tetapi memberi makna kepadanya.
Hari Kedua
Selepas salam perkenalan bersambut, apa kata ajak si dia menonton wayang bersama anda. Pilihlah cerita yang menjadi minatnya atau jika mahu lebih romantik, pilihlah cerita cinta yang mampu memberikan kesan kepada perhubungan yang baru sahaja terjalin.

Untuk lebih romantik, selesai menonton wayang pergilah bersiar-siar dengannya sambil berusaha untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tetapi untuk permulaan lebih baik jangan tanya soalan yang bersifat terlalu peribadi agar dia terus selesa untuk berdampingan dengan anda.
Hari KetigaSebagai kejutan, telefon si dia di awal pagi untuk membangunkannya daripada tidur. Si dia pasti tersentuh dengan usahamu itu dan ini memberikan petanda positif kepada hubungan yang terjalin. Jika si dia suka dengan apa yang anda lakukan, teruskannya dan jadikan perkara tersebut sebagai rutin anda yang baru.
Hari Keempat
Pada waktu makan tengahari, apa kata anda kirimkan SMS kepadanya dan ucapkan selamat menjamu selera. Jika dia suka dengan apa yang kamu lakukan, dia pasti akan tersenyum sebaik sahaja dia habis membaca SMS anda itu. Tidak ketinggalan cuba anda tunjukkan sikap ambil berat atau prihatin terhadapnya.

Tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap seperti mengongkong pergerakannya. Jika anda melakukan seperti itu, si dia pasti akan menjauhkan diri daripada anda kerana tidak selesa dengan sikap keterlaluan yang kamu tunjukkan itu.
Hari Kelima
Jika anda ada melakukan perkara yang tidak disukainya, cuba hubunginya dan meminta maaf di atas keterlanjuran anda. Si dia pasti akan memaafkan anda jika anda ikhlas menyatakan kesilapan yang telah anda lakukan. Berjanjilah kepadanya bahawa anda tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan itu lagi.
Hari Keenam
Apabila anda sudah rasakan wujud keserasian di antara anda berdua, apa kata anda undang si dia ke rumah kamu. Selain untuk berkenalan dengan keluarga anda, ia juga menjadi bukti bahawa anda sememangnya serius untuk berkawan dengannya.

Sebaik-baiknya anda menyediakan minuman atau makanan yang bakal dihidangkan kepadanya. Pasti dia akan tertarik dengan seseorang yang ringan tulang dan bijak melayan tetamu. Pastikan juga keluarga anda mesra dengannya agar dia tidak rasa terasing di rumah anda.
Hari Ketujuh
Selepas seminggu, rasanya ini saat paling sesuai untuk anda menghabiskan masa hujung minggu dengannya. Jika dia tidak bersedia untuk keluar berdua-duaan dengan anda, benarkan dia membawa rakan terdekat agar dia lebih selesa dan selamat.

Apa yang penting jangan terlalu mendesaknya kerana perkara tersebut hanya akan memberikan kesan negatif kepada hubungan yang terjalin.

Jika dia belum bersedia untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan anda dan mahu bersama rakan-rakannya, berikan dia keizinan. Tunjukkan rasa prihatin dengan menghubungi dan bertanya khabarnya dan rakan-rakannya.
Hari Kelapan
Jika mempunyai kelapangan, ajaknya si dia keluar membeli-belah. Dalam masa yang sama, cuba anda cungkil rahsia mengenai dirinya. Apa pakaian kegemaran atau impian masa depannya. Jika anda telah mengetahuinya, pasti mudah untuk anda memasang strategi yang seterusnya.
Hari Kesembilan
Selepas lebih seminggu anda menunjukkan rasa prihatin terhadapnya, apa kata pada hari ini kamu abaikannya. Jangan sekali-kali menghubunginya termasuklah bertanya khabar akan dirinya. Jika si dia rasa dia memerlukan atau mengingati anda, dia pasti akan menghubungi anda.

Tetapi jika si dia terus mendiamkan diri, itu tidak bermakna dia melupakan anda sebaliknya mengambil sikap selamat kerana tidak mahu dituduh sebagai perigi mencari timba. Ketika ini anda perlu sentiasa berfikiran positif.
Hari Kesepuluh
Jika si dia tetap mendiamkan diri seribu bahasa, anda cuba menghubunginya dengan mengirimkan SMS yang menyatakan rasa rindu anda kepadanya.

Jika si dia membalasnya, itu membuktikan anda masih berpeluang untuk mendekatinya. Namun jika si dia terus mendiamkan diri, lebih baik anda bersedia untuk mengundurkan diri atau mencari sasaran baru yang lebih sesuai.
Hari Kesebelas
Jika si dia memberikan respon, apa kata kamu menghubunginya. Kalau boleh habiskan sepanjang malam dengan berbual tentang pelbagai topik yang disukainya. Apabila sudah sampai ke tahap ini, anda perlu berani untuk berterus terang dengannya. Anda juga perlu bersedia dengan respon yang bakal diberikannya kelak.
Hari Kedua Belas
Cuba anda menjarakkan diri dengannya buat beberapa hari. Tetapi masih terus menghubunginya melalui SMS. Untuk lebih romantik, apa kata anda hasilkan kad sendiri sebagai kejutan kepadanya apabila anda bertemu dengannya kelak.

Hasilkan kad yang kreatif serta selitkan juga kata-kata yang melambangkan perasaan anda terhadapnya. Jika si dia benar-benar menyukai anda, dia pastinya akan teruja dan terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka itu.

Lebih baik jika kad comel itu disertakan sekali dengan sejambak bunga atau segugus coklat kegemarannya.




Hari Ketiga Belas
Sebelum memberikan kad tersebut, apa kata anda aturkan sebuah makan malam yang romantis untuk anda berdua. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana ini masih di peringkat awal hubungan anda berdua. Lakukannya secara ringkas tetapi mampu memberikan kesan kepadanya.

Lebih baik jika makan malam itu turut diiringi dengan muzik kegemarannya. Apabila di dia benar-benar selesa, serahkan kad kreatif ciptaan anda itu beserta bunga kepadanya. Lihat reaksinya dan jika dia menitiskan air mata kegembiraan, itu bermakna anda telah berjaya meraih cintanya. Namun anda jangan terburu-buru selagi tidak mendengar pengakuan cinta daripadanya.
Hari Keempat Belas
Ini merupakan hari yang paling penting dalam hidup anda. Anda bakal mengetahui sama ada rancangan yang anda atur selama ini berjaya atau tidak. Kawal diri anda supaya tidak kelihatan gelisah di hadapannya. Apa yang penting kamu berani dan telah bersedia mendengar apa sahaja keputusan yang akan diberikan oleh si dia.
Hari Kelima Belas
Anda telah mendapat jawapannya. Jika jawapannya menggembirakan anda, raikan cinta yang baru terbit itu dengan satu acara yang tidak akan anda berdua lupakan sampai bila-bila.

Namun jika percarian cinta anda masih gagal, jangan sekali-kali berputus asa. Percayalah bunga bukan sekuntum dan kumbang pula tidak seekor. Sudah pasti akan ada insan lain di luar sana yang akan menghiasi ruang hati anda. Apa yang paling penting, jangan serik untuk cuba mencari cinta